Sukan Hari Ini

Dollah idam cipta kejutan

Subang: Jurulatih skuad pilihan Malaysia Dollah Salleh percaya aksi menentang Tottenham Hotspur dalam Piala AIA di Stadium Shah Alam, malam ini berbeza dengan perlawanan dengan kelab luar sebelum ini.

Walaupun skuad kebangsaan sebelum ini dihidangkan dengan perlawanan pra musim kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun pertembungan dengan Spurs menjanjikan cabaran lebih sukar.

“Berbeza dengan sebelum ini, pasukan EPL datang untuk jelajah pra musim tapi kali ini mereka datang dengan tahap kecergasan terbaik kerana mereka ke sini sebaik kempen liga berakhir. Sudah pasti mereka akan memberikan cabaran hebat,” katanya pada sidang media semalam.

Spurs kendalian Mauricio Pochettino yang menamatkan kempen EPL di tangga kelima pada aksi terakhir Ahad lalu tiba di ibu negara semalam dengan barisan 23 pemain terbaik termasuk penyerang utama, Harry Kane.

Namun dengan keserasian yang ditunjukkan skuad campuran pemain tempatan dan import menghadirkan keyakinan buat Dollah untuk mencipta sesuatu buat penyokong negara.

Selepas lebih seminggu mengadakan latihan pusat, lima pemain import Liga M Paulo Rangel, Ashfaq Ali, Thiago Junior Aquino, Robert Cornthwaite dan Guilherme De Paula tampak tiada masalah membentuk gandingan mantap bersama pemain tempatan.

“Saya yakin kami mampu memberikan persembahan terbaik kerana saya nampak pemain tempatan dan import semakin serasi.

“Ada kebaikan juga pemain import kerana saya kehilangan pemain tempatan terbaik dari Johor DT (Johor Darul Ta’zim) dan Pahang kerana terbabit dalam Piala AFC.

“Yang bagusnya apabila pemain tempatan baru dalam skuad mampu memberikan saingan merebut tempat kepada pemain Johor DT dan Pahang.

“Saya akan pastikan hanya pemain terbaik terpilih dalam senarai 23 pemain ke pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019,” katanya.
– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");