Sukan Hari Ini

Dollah tak rela dibelasah Tottenham

KUALA LUMPUR – Jurulatih bola sepak kebangsan, Dollah Salleh menjelaskan, keputusannya me­ngambil lima pemain import dalam perlawanan menentang Tottenham pada 27 Mei ini adalah ke­rana tidak rela skuad Pilihan Malaysia menjadi mangsa belasahan.

Dollah berkata, perlawanan itu juga perlu kelihatan seimbangkerana lawan yang bakal dihadapi memiliki kelebihan serta kehebatan tersendiri.

“Apa yang pasti saya tidak mahu kita (Pilihan Malaysia) menjadi pasukan belasahan.

“Di­sebabkan saya sudah tiada pemain saya telah meminta kebenaran Presiden FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) Tengku Abdullah (Sultan Ahmad Shah) untuk menggunakan khidmat lima pemain import.

“Jadi perlawanan ini sekurang-kurangnya menjadi seimbang dan kami tidak mahu ia sekadar memenuhi jadual. Saya tidak mahu perkara itu berlaku.

“Pemilihan telah dibuat dan kita akan teruskan dengan pemain yang ada,” katanya kepada pemberita pada hari pertama sesi latihan di Wisma FAM semalam.

Meskipun tidak mewakili negara mereka, Dollah berkata, semangat yang ditunjukkan oleh pemain import dalam mengharungi perlawanan tersebut jelas terpancar di wajah mereka.

Malah, mereka memberikan komitmen yang tinggi dan kelihatan bersungguh-sungguh ketika sesi latihan.

“Sebagai pemain ini merupakan satu peluang keemasan kepada mereka dan sebab itu apabila dipanggil mereka terus memberi jawapan positif kerana mereka tahu lawan yang dihadapi adalah pasukan ternama dan beraksi di Liga Perdana Inggeris.

“Sudah pasti mereka tidak mahu melepaskannya,” katanya.

Daripada perlawanan itu nanti, Dollah akan memilih beberapa lagi pemain untuk menjalani sesi latihan fasa kedua skuad kebangsaan dalam mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia yang bakal diadakan pada bulan hadapan.

“Saya akan memilih tujuh atau lapan pemain hasil daripada pertemuan menentang Spurs untuk diserapkan menjalani sesi latihan fasa kedua skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan tersebut,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, penyerang im­port Perak, dari Korea Sela­tan tidak dapat beraksi kerana sedang bercuti dan hanya akan pulang pada 24 Mei ini.

Tempatnya akan ditukar de­ngan rakan sepa­sukannya iaitu tonggak pertahanan dari Brazil, Thiago Junio.
.

–  http://www.utusan.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");