Perak Hari Ini

Dua Kereta Bertembung, Pemandu Tersepit

GERIK: Seorang pemandu terpaksa menahan kesakitan akibat tersepit dan mengalami patah kaki setelah kenderaannya terbabas lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain petang tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat  kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Timur Barat menghala ke arah Tasek Banding.

“Panggilan kecemasan diterima sekitar jam 4.13 petang tadi,” kata sumber.

Tambah sumber lagi, setibanya jentera di lokasi kejadian didapati dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dan Perodua Viva bertembung.

“Pemandu kenderaan Viva tersepit dan mengalami patah kaki,” katanya.

Manakala pemandu Perodua Myvi telah dibantu oleh orang awam bagi mengeluarkannya daripada kenderaan tersebut.

IMG-20150524-WA0012

Anggota Bomba dan penyelamat juga turut menggunakan peralatan khusus bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Operasi yang diketuai oleh PB Nik Kamil Yaacob tamat sekitar jam 5.20 petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");