Jenayah

Fail kes mahkamah syariah terbakar

Kota Kinabalu: Ratusan fail kes Mahkamah Syariah Kota Kinabalu musnah selepas sebahagian pejabat amnya di Jalan Wisma Muis, di sini, terbakar malam tadi.

Kebakaran kira-kira 7.30 malam itu disedari pengawal keselamatan sebelum menghubungi bomba.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Jamaludin Hussin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.42 malam sebelum tiba di tempat kejadian dua minit kemudian.

“Kita mengambil masa tujuh minit untuk memadamkan api sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun ada fail berhubung kes syariah musnah,” katanya.

Tambah Jamaludin, sehingga kini pihaknya masih memantau lokasi kejadian selain menyiasat punca dan jumlah kerugian.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");