Panasnya Hari Ini

Festival Belia Putrajaya 2015, Buka Tirai

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin hari ini melakukan tinjauan ke lokasi berlangsungnya Festival Belia Putrajaya 2015 (FBP2015).

Beliau yang menaiki sebuah motorsikal bersama dengan beberapa penunggang lain telah memulakan perjalanannya bermula dari Bangunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

FB_IMG_1432303727723

Bertempat di Putrajaya, FBP2015 tersebut bakal berlangsung selama empat hari bermula pada 22 sehingga 25 Mei 2015 daripada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang festival tersebut berlangsung.

Sebagai pembuka tirai, FBP2015 telah menganjurkan program Malam Indahnya Bermunajat yang berlangsung malam semalam di pentas utama majlis di Presint 4, di sini bermula daripada jam 5.30 petang.

IMG-20150522-WA0043

Selain daripada itu, pada malam ini, FBP2015 turut menampilkan persembahan daripada barisan artis terkenal tanah air iaitu kumpulan 6ixth Sense, Forteen, Nabil dan juga Angah Raja Lawak bertempat di pentas utama.

FBP2015 telah memilih tema ‘Talent Showcase’ bagi penganjurannya kali ini selaras dengan falsafah baru Rakan Muda yang berfungsi sebagai penjana pembangunan bakat belia.

IMG_20150522_230418

Rakan muda telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan FBP2015 yang mana bakat-bakat di kalangan anak muda akan ditampilkan sebagai mentor-mentor Rakan Muda.

Lokasi bagi penganjuran FBP2015 kali ini juga telah dibahagikan kepada beberapa zon antaranya Zon Utara, Zon Timur, Zon Barat, Zon Selatan dan juga Zon Lasak.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan FBP2015 tersebut boleh melayari laman sesawang www.festivalbeliaputrajaya.com atau media sosial Facebook atas nama Festival Belia Putrajaya 2015

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");