Panasnya Hari Ini

“Guan Eng Tidak Tahu Saya’ – Hadi

KUALA LUMPUR: “Dia (Lim Guan Eng) tidak tahu hati saya, saya tidak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jawapan sinis itu dilontarkan beliau apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan hati Hadi sudah bersama UMNO walaupun tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan Rakyat (PR).

Menurut laporan daripada laman Sinar Harian, Hadi turut berkata, tiada sesiapa yang boleh membaca hati seseorang itu kerana semuanya adalah ‘kerja’ yang hanya boleh dilakukan oleh Allah.

“Adalah tidak munasabah untuk seseorang itu mengetahui isi hati seseorang kerana sebagai manusia, adalah mustahil untuk kita melakukannya,”katanya.

Hadi turut mengulas tentang kedudukan parti itu di dalam PR, namun beliau menegaskan, PAS masih setia bersama PR.

“Sekarang masih bersama PR….saya duduk di kerusi yang sama…. mungkin akan datang saya tidak tahu, saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak.

“Kalau ikut sejarah, semuanya pernah, pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");