Jenayah

Hajat sambut hari lahir adik tak kesampaian

KLANG – Hajat Allahyarham Raja Mohammad Firdaus Raja Ikram pulang meraikan ulang tahun kelahiran adik rupa-rupanya petanda kepulangan buat selama-lamanya.

Abang Allahyarham, Raja Fuad berkata, adiknya sepatutnya pulang pada Khamis lalu bagi meraikan hari jadi adiknya, kelmarin.

“Namun siapa sangka, hajat arwah yang mahu bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun bersama keluarga tidak kesampaian.

“Bahkan dia pergi dahulu menghadap Ilahi,” katanya ketika ditemui media selepas pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar, semalam.

Raja Mohammad Firdaus merupakan mangsa pertama yang ditemui selepas nahas kapal korek Ocean Line SC208 yang karam di perairan Pengerang, Johor, Rabu lalu.

Setakat ini dua mangsa sudah ditemui manakala 12 lagi masih hilang.

Suasana sayu menyelubungi kawasan perkuburan sebaik jenazah tiba jam 12.40 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Idaman.

Jenazah dibawa pulang ke Kampung Idaman kira-kira jam 12 tengah hari.

Sejak keluarga menerima berita insiden kapal korek karam di perairan Pengerang yang dilaporkan hilang Rabu lalu, Raja Fuad sudah berada di Johor.

“Kami mendapat panggilan daripada pihak berkuasa mengenai penemuan adik kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin).

“Keluarga reda dengan pemergian arwah. Ibu juga semakin tenang dan dapat menerima apa yang berlaku dan bersyukur arwah berjaya ditemui dan kembali kepada kami selepas tiga hari menanti,” katanya.

Raja Mohammad Firdaus, 23, merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");