Berita Hari Ini

Hanya Enam Jam Selesai Proses Cerai Di Selangor

PETALING JAYA: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) memperkenalkan kaedah penceraian yang mampu selesai dalam masa enam jam sahaja menerusi sistem laluan pantas khusus bagi pasangan yang telah bersetuju untuk berpisah.

Tempoh masa itu lebih singkat berbanding sebelum ini, di mana pasangan yang tidak lagi sehaluan perlu menunggu selama 90 hari bagi menyelesaikan kes mereka.

Setakat ini, sebanyak 12 Mahkamah Syariah sudah melaksanakan sistem laluan pantas ini dan 210 kes berjaya diselesaikan dalam tempoh enam jam.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menerusi akhbar Selangorkini dipetik sebagai berkata, sistem tersebut diperkenalkan untuk mengelak penidasan terhadap mana-mana pihak akibat kelewatan proses perceraian.

“Kita tak galakkan perceraian tetapi kalau tak dapat elak dan rasa ia jalan terbaik, maka kita cari jalan supaya diproses sebaik mungkin.

Malah beliau yakin sistem tersebut dapat membantu pasangan terbabit menyelesaikan isu pembahagian harta dengan lebih cepat.

“Sistem ini bagi mengelak proses penceraian terlalu lama hingga memberi kesan tidak baik kepada pasangan untuk memulakan hidup baharu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Selangor, Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, sistem tersebut akan diperluaskan ke seluruh Selangor selewat-lewatnya Jun ini.
“Jakess bangunkan laluan mudah bagi kes perceraian yang ada persetujuan bersama. Sebelum ini, ia mengambil masa selama 90 hari,” katanya.

Dr Mohd Naim berkata, buat masa ini kajian permulaan pelaksanaan sistem tersebut dilakukan di Mahkamah Syariah Petaling, Kuala Langat dan Sabak Bernam.

“Pelaksanaan sistem itu berjalan lancar, malah beberapa mahkamah syariah di peringkat daerah lain turut melaksanakannya,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");