Panasnya Hari Ini

Hargai Jasa Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim

Sepanjang hujung minggu lalu, satu Malaysia kecoh apabila Tabung Haji membuat keputusan untuk membeli hartanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB). Malah, ramai yang meminta supaya, pengerusinya, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim meletak jawatan apabila isu itu timbul.

Artikel pada kali ini akan berkisarkan tentang jasa-jasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Azeez yang telah banyak berkorban dan memainkan peranan penting dalam membantu negara-negara luar ketika Misi Bantuan Kemanusiaan yang seterusnya menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Pelbagai gelaran yang beliau telah diterima sepanjang beliau terlibat di dalam dunia politik seperti Azeez Putra, Azeez Rempit, Azeez Kelab Putra, bahkan, ada yang memberi jolokan Azeez Baling.

Azeez telah menjadi penggerak utama untuk pasukannya, Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) apabila negara-negara luar terlibat dengan bencana alam seperti Pakistan, Indonesia, Thailand, Rohingya, Jepun, New Zealand, Mesir dan Syria.

KP1M yang diketuai oleh Azeez, ini banyak ditafsirkan oleh banyak pihak yang menyifatkannya sebagai sebuah Kementerian yang berada di dalam kerajaan dan misi utamanya adalah untuk melakukan kebajikan di dalam, mahupun di luar negara.

KP1M juga turut memainkan peranan penting apabila pasukan ini menjadi antara yang pertama menghulurkan bantuan untuk membawa keluar rakyat Malaysia yang berada di negara-negara yang mengalami krisis seperti ketika Ops Pyramid Mesir, Ops Tsunami Jepun, gempa bumi di New Zealand, dan yang terbaharu, gempa bumi di Nepal.

Azeez sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dilantik secaara rasmi sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestin pada 13 Disember 2012. Watiqah itu telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Luar Palestine, Mahmoud El-Hadour bagi pihak Perdana Menteri Gaza, D Ismail Haniyeh.

Pelantikan ini bukanlah sesuatu yang mudah diperolehi, melainkan atas sumbangan-sumbangan kemanusiaan yang telah dilakukan bagi membantu penduduk Gaza. Penganugerahan ini diberikan sebagai tanda penghargaan diatas segala usaha kuat Azeez yang ingin memasuki Gaza buat kali kedua untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk di Tebing Barat itu.

Masih ingat kes anak gadis negara ini dibawa lari ke negara jiran? KP1M yang diketuai oleh Azeez juga antara yang pertama menghulurkan bantuan untuk membawa pulang dan menyelamatkan anak gadis kita di sana.

Tiada pihak yang seberani Azeez untuk menyelesaikan masalah-masalah ini untuk membawa pulang anak gadis, malah isteri orang kembali ke Malaysia.

Meskipun sibuk di dalam aktiviti kemanusiaan di dalam dan luar negara, Azeez tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling  dan juga rakyat di sana.

Hasil kerja kuat Azeez berjaya merampas kerusi Baling, yang diketahui sebagai kubu kuat PAS yang mencalonkan bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azzamuddin. Barisan Nasional berjaya merampas kerusi DUN itu dengan lebih bergaya.

Azeez berjaya menawan hati penduduk Baling dengan sikapnya yang sentiasa membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Meskipun tewas pada PRU12, iaitu pertama kali beliau dicalonkan, beliau berjaya merampas kerusi DUN tersebut pada pilihanaya seterusnya dengan berjaya meraih majoriti yang lebih banyak dan berjaya menarik pengundi pihak lawan untuk mengundinya.

nuridayu dato azeez 02

Justeru, dari sikap beliau yang sentiasa membantu pelbagai golongan masyarakat, sama ada di dalam mahupun di luar negara, beliau telah diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji pada Julai 2013.

Kesimpulannya, dengan segala budi dan jasa yang telah dilakukan oleh Azeez, wajarkah masyarakat menuntut beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji? Tanpa bantuan beliau dan pasukannya, pasti ramai rakyat Malaysia yang akan terkandas di negara-negara yang mempunyai krisis politik dan juga menghadapi bencana alam.

Jika kerana isu yang diperbesarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini, Azeez perlu meletak jawatan, pastinya Malaysia akan kehilangan individu yang telah banyak menyumbangkan jasa di dalam misi membawa pulang rakyat Malaysia.

Malaysia juga bakal kehilangan individu yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam membantu saudara seagama kita di Palestin dan juga Rohingya. Jangan terlalu menurutkan kata hati yang mudah dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita perlu yakin dan percaya, apa yang Azeez lakukan sepanjang beliau mempengerusikan Tabung Haji, tidak akan merugikan institusi berkenaan, sebaliknya, akan memberi kebaikan semula kepada Tabung Haji dan pendeposit.

Jangan mudah melatah dengan cuitan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, sebaliknya, dengar penjelasan dahulu dari pihak Tabung Haji, takut-takut, menyesal dikemudian hari.

Kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

IMG-20150509-WA0006

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");