Jenayah

Istana penagih dadah terbakar

SEREMBAN – Sebuah kedai kosong dua tingkat di Taman Dusun Setia, di sini, terbakar dipercayai berpunca daripada aktiviti penagih dadah.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, kedai yang ditinggalkan bersaiz 20×60 kaki persegi itu terbakar 30 peratus di bahagian tingkat atas dan bawah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba, Mohd Azlee Mohd Arus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.41 pagi.

“Dua jentera bersama 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira lima minit kemudiannya.

“Sebaik tiba, kelihatan api sedang marak di bahagian bawah dan tingkat atas kedai termasuk pada pokok liar yang tumbuh di dalam bangunan lama ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Menurutnya, api berjaya dikawal dalam masa lima minit sebelum anggota bomba memadam api secara keseluruhan 20 minit kemudiannya.

“Kebakaran ini dipercayai berpunca daripada aktiviti penagihan dadah di bangunan ini. Api turut merebak ke pokok liar menyebabkan bahagian atas turut terbakar.

“Mengikut rekod, bangunan ini pernah terbakar dua tahun lepas yang turut berpunca daripada aktiviti penagih dadah di sini,” katanya.

Mohd Azlee berkata, pihaknya akan menyiasat punca kebakaran dan kerugian akibat kebakaran tersebut.

“Bangunan ini sudah menjadi ‘port’ penagih dadah sejak 15 tahun lalu selepas bangunan ini terbiar kosong dan ditinggalkan lebih 30 tahun.

“Kita minta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menebang pokok liar ini dan memantau kawasan ini agar bebas daripada penagih dadah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");