Panasnya Hari Ini

Isu Joshua Wong: Wira Perkasa Malaysia Puji Tindakan Jabatan Imigresen 

KUALA LUMPUR: Wira Perkasa Malaysia mengucapkan jutaan tahniah kepada Jabatan Imigresen Malaysia kerana berjaya menahan pelajar yang juga merupakan aktivis muda Hong Kong, Joshua Wong daripada memasuki negara ini.

Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan Jabatan Imigresen menghalang Joshua daripada memasuki Negara ini.

“Joshua Wong merupakan aktivis muda yang telah mencetuskan gerakan revolusi payung di Hong Kong pada tahun lalu dan telah melumpuhkan Hong Kong selama beberapa bulan.

“Ada pihak yang tidak bertanggungjawab di negara ini telah menjemput Joshua untuk menghadiri bersarapan bersama demonstran muda di Malaysia pada hujung bulan ini,”katanya.

Beliau juga turut mempersoalkan tindakan pihak terbabit yang telah menjemput aktivis Hong Kong itu ke Malaysia.

“Apakah keperluan untuk mereka menjemput dia (Joshua) ke Malaysia?Adakah mereka ingin merancang revolusi payung pula di Malaysia?

“Itu antara sebab saya menyokong tindakan Imigresen yang menyuruh Joshua pulang semula ke Hong Kong dan tidak kembali ke Malaysia,” tegasnya.

Irwan turut mendakwa, jemputan tersebut merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak terbabit untuk merosak dan menanamkan ideologi yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

“Kesan penularan ideologi ini akan menyebabkan anak muda mudah memberontak dan ingin menjatuhkan kerajaan dengan gerakan revolusi.

“Kita ada perlembagaan dan institusi diraja yang harus dipertahankan,” jelasnya lagi.

Ujarnya, Wira Perkasa Malaysia turut memperingatkan kepada mana-mana pihak atau individu supaya tidak mencetuskan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan negara.

“Kami ingin menegaskan bahawa kita tetap akan mempertahankan kedaulatan undang-undang mengikut perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, Joshua ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang oleh pegawai Imigresen Malaysia sebelum dihantar pulang semula ke Hong Kong.

Beliau sebelum itu telah dijadualkan untuk memberi ucapan berkaitan gerakan pro-demokrasi dan Bantahan Dataran Tiananmen 1989 di dalam beberapa forum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");