Panasnya Hari Ini

JAKIM Sahkan Penarikan Sijil Halal syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan isu berhubung penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd.

Pengesahan tersebut dibuat melalui kenyataan media oleh Pengarah Bahagian Hab Halal, Hakimah Mohd Yusoff bagi menjawab isu yang menjadi bahan viral di laman sosial baru-baru ini.

Jakim melalui Bahagian Hab Halal menyatakan bahawa penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia syarikat tersebut adalah disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia

Hakimah dalam kenyataan media tersebut menyatakan bahawa penarikan sijil itu berpunca daripada kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius.

“Penarikan ini walau bagaimanapun adalah tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.,” katanya.

Tambahnya lagi, Bahagian Hab Halal juga telah memanggil pihak syarikat terlibat dan mereka telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik.

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah berkuatkuasa pada 7 Mei 2015.

“Walau bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.,” katanya.

JAKIM juga katanya akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.

“JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa.

“Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian.” Katanya lanjut.

JAKIM turut menasihatkan pengguna agar tidak membuat pelbagai andaian dan menyebarkan isu ini secara salah.

Orang ramai juga ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-8892 5000 / 5001 (talian utama) dan 03-8892 5048 (Pegawai Perhubungan Awam) dan semakan status halal juga boleh disemak melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");