Sukan Hari Ini

Juve bukan mangsa yang mudah – Ancelotti

TURIN: Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti menolak dakwaan bahawa Juventus bakal menjadi lawan mudah buat mereka apabila kedua-dua pasukan bertembung pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Turin, awal pagi esok.

Real dianggap calon pilihan untuk melangkah ke final di Berlin selepas merekodkan kejuaraan kali ke-10 musim lalu dengan menewaskan musuh setempat, Atletico Madrid 4-1 di final.

Namun Ancelotti yang pernah membimbing Juventus selama dua musim tanpa sebarang kejayaan pada tahun 1999 dan 2000 yakin kelab Itali itu mara sehingga ke peringkat separuh akhir bukan hanya kerana nasib.

“Jika kamu berjaya melangkah ke separuh akhir, itu bermakna kamu memang layak untuk berada di situ.

“Kini hanya empat pasukan yang tinggal dan kesemuanya memiliki peluang untuk memenanginya.

“Ini saingan kejuaraan secara kalah mati. Siapa yang berani akan menang dan siapa yang takut akan mengalami kekalahan,” kata Ancelotti.

Real bakal turun aksi pertama di tempat lawan itu tanpa Karim Benzema.

Satu lagi pertemuan separuh akhir pertama menyaksikan Barcelona menanti kunjungan Bayern Munich di Nou Camp, awal pagi Khamis ini. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");