Perak Hari Ini

Kanak-Kanak 12 Tahun Lemas

GOPENG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipercayai lemas ketika sedang mandi di sebuah kolam dekat Gunung Mesah, Ulu Gopeng petang tadi.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut diterima sekitar jam 4.17 petang tadi.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak berusia 12 tahun disyaki lemas ketika sedang mandi di kolam berkenaan bersama rakan-rakannya,” katanya.

Tambah sumber lagi, mangsa dan rakan-rakannya mandi di kolam berkenaan setelah menjalani latihan merentas hutan di kawasan berhampiran.

“Pihak pengurusan turut membantu memberi bantuan pernafasan kepada mangsa,” katanya lagi.

Mangsa yang lemas itu merupakan pelajar Sekolah Agama Al-Ummah di Chemor dan ketika itu sedang mengikuti aktiviti perkhemahan.

“Anggota Bomba turut memberikan rawatan awal (CPR) kepada mangsa sebelum pihak ambulan telah mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sekitar jam 6.12 petang tadi yang diketuai oleh PBK II Zamri Abd Ahmad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");