Membawang Hari Ini

Kembali dari awan biru

Namanya mungkin tidak popular seperti rakan seangkatan lain, namun lakonan Wan Elyas Wan Abdullah, 34, sebagai Tajol dalam drama Dunia Baru hingga kini masih diingati.

Bagaimanapun, Wan Elyas pernah menyepi dalam industri selama dua tahun kerana memilih kerjaya sebagai pramugara dengan Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum aktif semula.

Ditemui baru-baru ini, Wan Elyas berkata, sekarang dia sudah meninggalkan kariernya di awan biru.

“Sekurang-kurangnya saya pernah mencuba karier lain selepas lakonan. Jadi, saya membuat keputusan berehat seketika untuk memberi fokus sebagai pramugara.

“Namun, kini saya sudah meninggalkan karier itu dan aktif berlakon semula kerana minat selain ada juga tawaran diterima.

“Saya juga tidak terlalu bersikap memilih watak dan menerima tawaran karakter sesuai mengikut kemampuan diri,” katanya.

Pernah membintangi filem seram, Cerita Hantu Malaysia arahan rakan baiknya, Pierre Andre, pemuda yang memilih tampil berjambang itu berkata, minatnya pada lakonan tidak pernah pudar.

“Ketika berkhidmat sebagai pramugara dulu pun, saya masih menerima tawaran berlakon tetapi terpaksa ditolak. Ini kerana saya terikat dengan kontrak kerja.

“Saya perlu hormati dan akur dengan syarat dalam kontrak kerja yang sudah dipersetujui itu. Jadi, saya ‘sepi’ seketika,” katanya yang muncul dengan filem terbarunya iaitu Gamatisme.

Mengakui dia bukan cepat melatah dengan kritikan, Wan Elyas berkata, dia selesa bersikap positif untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam lakonannya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");