Sukan Hari Ini

Kena kerja lebih keras atasi cabaran Filipina

SKUAD bola keranjang lelaki ke Sukan Sea ke-28 di Singapura bakal menghadapi cabaran sengit apabila bertemu Filipina yang dibarisi sebilangan besar pemain naturalisasi.

Pengurus pasukan, Datuk Lau Choon Hann berkata, skuad negara perlu bekerja keras menentang Filipina dan perlu mengatasi Indonesia sekiranya mahu melangkah ke separuh akhir.

“Skuad negara dibarisi banyak pemain baharu dan saya harap pemain senior dapat membimbing mereka semasa di gelanggang nanti,” katanya kepada pemberita di pejabat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba), semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi.

Edisi kali ini Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Filipina, Indonesia dan Timor Leste manakala Kumpulan B terdiri daripada Thailand, Singapura, Kemboja, Myanmar dan Vietnam.

Acara bola keranjang lelaki dan wanita pada Sukan Sea Singapura akan bermula 9 hingga 15 Jun ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");