TAIPING:Seorang cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan jalanraya petang tadi.
Menurut sumber Bomba dan Penyelamat, kejadian tersebut berlaku di Kampung Sungai Tinggi Trong, sekitar jam 1.23 petang tadi.
“Setibanya penyelamat dilokasi kejadian didapati kemalangan berlaku melibatkan kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi dengan sebuah lori,” katanya.
Tambahnya lagi, kereta berkenaan terbabas lalu merempuh belakang lori berkenaan hingga mengakibatkan pemandu lori tersepit.
Manakala tiga penumpang kereta tersebut mengalami cedera ringan.
“Pihak Bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khusus,” katanya.
Mangsa kemudiannya dibawa dengan menaiki Ambulans ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
Operasi menyelamat kali ini diketuai oleh Ketua Operasi, PBK II Musa Wahab yang tamat sekitar jam 2.10 petang tadi.