Panasnya Hari Ini

Ketua Audit Negara Nafi 1MDB Tidak Berkerjasama

KUALA LUMPUR : Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan poster berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak memberi kerjasama yang telah tersebar luas di laman sosial kini.

Memetik laporan Utusan Online, beliau tampil menafikan bahawa kononnya siasatan terhadap 1MDB mengambil masa yang panjang berikutan keengganan syarikat tersebut berkerjasama.

Dakwaan bahawa pihak berkenaan juga enggan menyerahkan dokumen katanya juga ternyata tidak benar.

“Saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya.

Penyebaran poster tersebut turut dikatakan memetik kenyataan beliau dengan mendakwa Jabatan Audit negara masih belum menerima apa-apa dokumen daripada pihak 1MDB.

(1MDB) juga dikatakan tidak memberikan kerjasama kepada Jabatan Audit Negara dalam proses pengauditan akaun syarikat pelaburan starategik tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");