Panasnya Hari Ini

KJ Harap Harimau Muda Dan Jurulatih Ambil Iktibar

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap supaya para pemain dan jurulatih Datuk Ong Kim Swee sendiri memperolehi iktibar dan penganjaran daripada insiden yang berlaku dalam perlawanan menentang Timor Leste malam tadi

Beliau berkata demikian apabila mengulas tindakan Muhammad Nazmi Faiz Mansor meludah pemain lawan dan dibuang padang ketika menentang Timor Leste pada aksi pertama Kumpulan B Sukan Sea 2015 di Singapura malam tadi.

Memetik kenyataannya daripada Bernama, insiden berkenaan ternyata amat dikesaliny dan para pemain Harimau Muda dinasihati supaya tidak lagi melakukan sebarang tindak kurang bijak yang dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka untuk ketika beraksi dalam perlawanan seterusnya.

“Pemain-pemain kita mestilah tahu apabila bertindak seperti semalam, bukan hanya dapat kad merah dan sebagai individu tidak dapat sambung permainan tetapi yang lebih penting mereka akan mengecewakan pasukan sendiri dan negara.,” katanya.

Khairy turut menggesa skuad Harimau Muda untuk terus memperkemas mutu persembahan bagi berhadapan dengan pasukan Vietnam dan Thailand pada perlawanan akan datang.

“Saya yakin semalam bukanlah aksi sebenar Harimau Muda dan yakin mereka dapat pamerkan aksi yang lebih baik daripada semalam,” katanya.

Berikutan kehilangan seorang pemain akibat daripada dibuang padang dalam perlawanan malam tadi, pasukan Malaysia terpaksa beraksi hanya dengan kekuatan 10 pemain dan  menang tipis ke atas Timor Leste 1-0.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");