Perak Hari Ini

KTMB, The Haven Bekerjasama Tarik Pelancong Ke Perak

IPOH: Buat julung kalinya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan The Haven Luxury Resort (Haven) menjalinkan usahasama dengan mewujudkan beberapa pakej dan kempen yang menarik bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Perak.

Perjanjian Persefahaman (MoU) itu telah diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif KTMB, Hilmi Mohamad, dan Ketua Pegawai Eksekutif The Haven, Peter Chan dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Nolee Ahsilin Mohamed Radzi.

Majlis tersebut berlangsung di The Haven, pagi tadi, di sini.

Nolee dalam sidang media yang diadakan berkata, kerjasama diantara KTMB dan The Haven akan membawa kepada peningkatan industry pelancongan di negeri ini.
PERAKTODAY15 (1)
“Pada tahun lepas, kita telah melancarkan pakej Travel by Rail yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang pada ketika itu, kita fokuskan kepada homestay di negeri Perak.

“Pada kali ini, kita membawa dua lagi pakej baru yang mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,”katanya.

Sementara itu, Hilmi pula berpendapat MoU ini merupakan salah satu promosi di antara dua entity yang menyokong industry pelancongan di Malaysia.

“Pada hari ini, kita membawa sekumpulan pengendali pelancongan dari Singapura dan Indonesia yang menyertai Familiarization Trip (FamTrip) ke Ipoh.

PERAKTODAY10 (1)

“Mereka akan bersama-sama dibawa melawat ke tempat-tempat yang menarik di negeri ini untuk dipromosikan di dalam pakej mereka.

“Kita jua menawarkan dua pakej baharu iaitu Honeymoon/Anniversary Travel & Stay dan juga Eco Travel & Stay at Ipoh,”katanya.

Katanya lagi, pihaknya yakin bahawa pakej-pakej seperti ini berupaya untuk menarik pelancong berkunjung ke negeri Perak.

Bagi Peter, pihaknya berperanan bagi memberi fokus utama kepada eko-pelancongan seperti apa yang dilakukannya sekarang.

“Kita mempromosikan alam semulajadi kerana kita tahu bahawa pelancong-pelancong ini datang kerana suasana hijau yang ada di negeri ini.

“Operasi KTMB yang menggunakan tenaga eletrik juga telah membantu menyelamatkan alam persekitaran,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");