Perak Hari Ini

Langkah Menjatuhkan Pentadbiran Najib

IPOH – Pelbagai pandangan dan krtitikan diterima oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkenaan pentadbirannya termasuklah melalui media-media sosial kini.

Tidak ketinggalan kritikan pedas daripada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Program Bicara Negarawan di sebuah hotel di sini, semalam.

Beliau dengan lantang mengisytiharkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib kerana didakwanya lemah dalam mentadbir negara dan menunjukkan prestasi yang  cukup mengecewakan.

“Umno perlu gugurkan Najib demi tanggungjawab agama, bangsa dan negara selain tidak boleh membiarkan sokongan kepada seorang individu yang menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau juga turut memberi cadangan supaya semua Ketua Umno Bahagian yang menyokong Perdana Menteri, tidak dicalonkannya pada pilihan raya akan datang.

PERAKTODAY5

Katanya, perkara berkenaan perlu dibuat bagi memastikan tiada sokongan untuk Najib kekal sebagai Perdana menteri.

Kita kena beritahu ketua bahagian kalau sokong Najib, kita akan tolak mereka…mereka tak akan jadi calon untuk pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau turut menyuarakan kekecewaan mengenai tindakan Perdana Menteri kini yang telah bertindak mengetepikan Dasar Ekonomi Baru yang disifatkannya bakal menguntungkan semua pihak.

Menurutnya lagi,beliau turut bersedia untuk berdebat dengan Najib jika diajak untuk berdebat.

Saya tak ada kebolehan dalam berdebat, tetapi kalau dia jemput, saya okay saja,”katanya.

Selain itu, Mahathir turut ditanya apakah beliau bersedia jika beliau dipecat keahlian sebagai ahli UMNO.

“Saya bersedia jika dipecat keahlian sebagai ahli UMNO,”katanya.

Terdahulu, beliau juga turut menyifatkan tindakan kebanyakan ketua pembangkang yang mengeluarkan kenyataan supaya Datuk Seri Najib untuk terus bertahan sebagai perdana menteri adalah langkah untuk menjatuhkan parti UMNO.

“Itulah harapan mereka kalau Datuk Seri Mohd Najib tetap terus memimpin UMNO dan BN mereka mudah mengalahkan UMNO, sekarang Datuk Seri Najib menjadi pemimpin parti lawan bukan parti UMNO.. itu mereka minta dia ada situ dan  BN tetap akan kalah,” katanya.

“Sebab Itu dia ingin kekalkan kepimpinan Datuk Seri Najib,” jelas Mahathir lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");