Sukan Hari Ini

Lapan atlet belum jalani ujian doping

KETUA Unit Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas), Nishel Kumar melaporkan lapan atlet yang menyertai Sukan Sea Singapura masih belum menjalani ujian doping.

Nishel berkata, lapan atlet tersebut tidak dapat menjalani ujian doping itu adalah dari sukan terjun, ekuestrian, golf dan menembak yang kini berada di luar negara menjalani latihan dan menyertai kejohanan.

“Adamas akan melakukan ujian doping kepada mereka walaupun keputusan itu lambat. Bagi acara berpasukan, pihak kami telah selesai menjalankan ujian doping iaitu 50 peratus atlet sahaja.

“Pada mulanya setiap sampel air kencing kita hantar ke India tetapi bagi kelompok terakhir ini kita akan hantar ke Bangkok, Thailand untuk mendapatkan keputusan. Kalau hantar di India, keputusan akan dapat lambat,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Kebangsaan Anti Doping anjuran Institut Sukan Negara (ISN) di Seri Kembangan di Kuala Lumpur, hari ini.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar.

Nishel berkata, Adamas menggunakan kaedah ‘smart testing’ bagi menjalani ujian doping kepada atlet sebelum menghadapi kejohanan seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Katanya, kaedah tersebut tidak melibatkan semua atlet tetapi ujian tersebut akan dilakukan kepada atlet dalam sukan tertentu seperti berbasikal dan angkat berat.

“Sekarang kita akan melakukan smart testing, contohnya golf, kita tidak perlu melakukan ujian doping kepada semua atlet golf. Kami akan melakukan ujian ke atas atlet yang patut pada masa yang tepat. Kita menjalankan smart testing ini bukan untuk menghadapi mana-mana kejohanan semata-mata,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");