Jenayah

Lelaki ditetak, kepala digilis kereta

PUCHONG – Hasrat seorang lelaki membeli ubat untuk kekasihnya tidak kesampaian apabila dia maut diserang enam lelaki bersenjatakan parang di depan sebuah kedai di Jalan Kekwa 3/1, Puchong Perdana, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa, M Subramaniam, 30, dikatakan memberhentikan motosikal dinaiki di depan sebuah kedai menjual ubat tradisional.

Belum sempat memasuki kedai, mangsa tiba-tiba didatangi suspek yang terus menetak belakang leher, kepala dan badannya beberapa kali dipercayai menggunakan parang.

Dalam keadaan berlumuran darah, mangsa kemudian berlari lebih kurang 10 meter dari tempatnya diserang untuk menyelamatkan diri namun digilis sebuah kereta hingga menyebabkan isi kepalanya terburai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, melihat kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri.

Pemandu kereta jenis Proton yang melanggar mangsa turut beredar dari lokasi kejadian.

Menurutnya, polis masih menyiasat sama kenderaan melanggar mangsa mempunyai kaitan dengan suspek yang menaiki motosikal.

“Kami masih menyiasat dan berharap kamera litar tertutup (CCTV) di premis kedai berhampiran dapat membantu melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai akibat dendam terhadap kes yang pernah berlaku sebelum ini.

Mangsa yang bekerja di kilang kanopi katanya baru dibebaskan lima bulan lalu selepas menjalani hukuman penjara lima tahun kerana mendatangkan kecederaan kepada bapa saudaranya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, harap ada saksi yang tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu sumber berkata, kekasih mangsa yang tinggal berhampiran segera ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh beberapa jiran.

Wanita itu pada mulanya tidak mempercayai mangsa adalah kekasihnya kerana gagal membuat pengecaman berikutan keadaan wajah dan kepala yang hancur digilis kenderaan.

“Mangsa beritahu kekasihnya dia nak beli ubat di kedai lain bukan di tempat dia diserang, dia hanya dikenalpasti melalui selipar yang dipakai,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");