Perak Hari Ini

Lima Kereta Terbabas Di Gerik

GERIK: Lima pemandu gagal mengawal kenderaan masing-masing lalu terbabas dalam satu kemalangan jalanraya berhampiran Jalan Gerik menghala ke arah Lawin petang tadi.

Menurut jurucakap Bomba dan penyelamat panggilan kecemasan diterima sekitar jam 5.43 petang tadi

“Dalam kejadian tersebut dua mangsa mengalami cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan,” katanya.

Tambah sumber lagi, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan masing-masing dengan bantuan orang awam.

IMG-20150530-WA0009

Kejadian kemalangan itu juga difahamkan berlaku ketika hujan lebat.

“Pihak penyelamat telah bertindak membantu mengangkat mangsa ke tempat berteduh sementara iaitu di pondok bas berdekatan lokasi kejadian,” katanya.

Mangsa dibawa oleh pihak Ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Operasi tamat sekitar jam 6.40 petang tadi yang diketuai oleh Ketua Operasi PB Nik Kamil Yaakob.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");