Membawang Hari Ini

Linda Rafar pilihan Alfio Raldo

BERGELAR usahawan, pelakon dan penyanyi dalam satu masa tidak menghalang Linda Rafar untuk memperluaskan cabang aktivitinya.

Selain bergelar duta kepada produk penjagaan kulit dan jenama tudung terkenal, kini, Linda Rafarr turut dilantik secara rasmi sebagai duta baru Alfio Raldo.

“Alfio Raldo adalah jenama yang diilhamkan oleh usahawan Malaysia. Ia produk Malaysia dan saya berbangga dapat mewakili Alfio Raldo sebagai duta mereka. Saya akan bertindak sebagai jurucakap dan mempromosikan koleksi terbaru Alfio Raldo selama setahun.

“Sebelum ini, saya banyak mempromosikan produk penjagaan kulit dan menjadi duta tudung, tapi kali ini saya diberi peluang menjadi jurucakap produk fesyen terkenal meliputi beg tangan, kasut, name card holder dan dua rekaan terbarunya, cermin mata serta jam tangan,” katanya ketika dihubungi Zass, baru-baru ini.

Alfio Raldo merupakan jenama dalam industri fesyen tanah air yang sudah bertapak sejak 1989.

Mengetengahkan slogran The Italian Elegance, koleksi Alfio Raldo mempunyai reka bentuk dan gaya yang begitu elegan, klasik serta boleh disesuaikan di mana-mana situasi dan aktiviti.

“Apa yang penting, jenama yang setaraf produk antarabangsa ini menitikberatkan keanggunan serta menambahkan lagi keyakinan si pemakai,” tambah Linda.

Bercakap mengenai sisi peribadi, Linda menceritakan sejak berhijrah dan melalui episod duka kerana kehilangan anak kedua, Rezaimen Keiflin Kifli, 12, yang meninggal dunia tahun lalu, dia kini aktif memenuhi undangan sebagai panel dan penyampai motivasi.

“Jadual saya sentiasa sibuk memenuhi undangan. Saya pernah terbitkan buku bertajuk Menunggumu Di Pintu Syurga yang diilhamkan khas untuk arwah Memen (Rezaimen). Tak sangka kerana buku itu, saya sudah menceburi satu bidang baharu iaitu motivasi.

“Saya bukan beri ceramah, tapi lebih kepada perkongsian dengan ibu-ibu tunggal serta mereka yang pernah kehilangan anak tentang bagaimana cara saya menghadapinya dan bangkit semula meneruskan kehidupan,” katanya.

Buku tersebut kini terjual melebihi 100,000 unit.

Selain memenuhi undangan, syarikat Linda, Zairaf Trading kini giat mempromosikan produk terbaharu berupa minuman kesihatan Uno1 Cassic Juice di samping dua produk terdahulu; LR Flawless SkinCare dan Protrim Capsule.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");