Perak Hari Ini

Lori Hilang Kawalan Rempuh Dua Kenderaan

SUNGAI SIPUT: Sebuah lori hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua buah kenderaan lain dekat sini, pagi tadi.

Menurut sumber Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Wan Jamil Wan Chik kemalangan berlaku sekitar jam 5.55 pagi tadi.

“Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori, kereta dan sebuah bas,” katanya.

IMG-20150505-WA0001

Ujar sumber lagi kejadian berlaku apabila pemandu lori berkenaan gagal mengawal kenderaanya lalu merempuh dua  buah kenderaan lain yang diletakkan di sepanjang bahu jalan itu.

IMG-20150505-WA0003

“Pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu dua kenderaan lagi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya lagi.

Pemandu lori tersebut dikeluarkan daripada kenderaannya dibantu oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");