Panasnya Hari Ini

‘Mana boleh kaya dengan cium duit…’ – Mufti Perak

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Seri Dr Harussani Zakaria menyifatkan upacara mencium duit seperti yang dilakukan oleh sebuah syarikat jualan langsung (MLM) yang telah menjadi viral di laman media sosial merupakan satu perbuatan khurafat dan mengarut.

Beliau berkata, ianya merupakan satu perangkap dan taktik yang digunakan oleh syarikat MLM berkenaan untuk memujuk ahli-ahli baharu bagi menyertai mereka.

“Mengarut semua ini, jika percaya ia boleh membawa syirik dan menyesatkan kepercayaan umat Islam.

“Mana boleh kaya dengan cium duit, tidak ada duit yang akan turun dari mana-mana atau elemen semangat duit yang dikatakan MLM berkenaan,” katanya memetik laporan daripada Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu berkenaan selepas penyebaran beberapa keping gambar menunjukkan sekumpulan orang sedang mencium duit dalam satu program di laman media sosial Facebook.

Ia dipercayai telah dianjurkan oleh sebuah syarikat MLM dan tindakan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah mengatakan bahawa perbuatan tersebut sebagai syirik.

Harussani juga turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan taktik MLM yang menggunakan wang tunai bagi menarik keahlian baharu untuk menyertai mereka.

“Kalau hendak duit yang banyak, belilah saham yang betul jalannya, jaminan keuntungannya dan tidak tertipu pada masa hadapan.

“Jangan buat karut dengan percaya amalan sebegini. Cium duit kononnya nanti duit datang seperti yang diajar MLM sebegini tidak boleh dipercayai sama sekali,”tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");