Perak Hari Ini

Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Perak Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan

LENGGONG: Mantan Pengarah Pendidikan Perak, Mohd Idris Ramli, telah dipilih untuk menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Perak dalam satu majlis yang berlangsung di sini, hari ini.

Beliau yang bersara pada penghujung tahun lalu telah menerima anugerah tersebut yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak.

Beliau ketika ditemui melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana telah dipilih untuk anugerah tersebut.

PERAK TODAY 22

Katanya, ia merupakan penghargaan yang sangat besar terhadap pengalaman yang telah beliau gunakan untuk menjadi pemimpin dalam bidang pendidikan.

“Saya telah berkhidmat selama lebih daripada 36 tahun dan terlibat bukan hanya sebagai kepimpinan sekolah tetapi saya telibat juga sebagai pegawai pendidikan daerah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ujarnya, pengalaman yang beliau lalui kepada kepimpinan banyak memberikannya kesedaran bahawa pendidikan di negeri Perak memerlukan komitmen pemimpin-pemimpin yang mempunyai idea untuk membangunkan anak-anak di Perak.

PERAK TODAY 16

“Sebenarnya Perak mempunyai potensi untuk mendapat peringkat yang lebih cemerlang dan kita perlu bersama-sama dalam mengemblengkan seluruh tenaga untuk mencapai hasrat itu,” tambah beliau lagi.

Idris juga amat berterima kasih kepada semua guru-guru di negeri Perak selama berliau bertugas kerana merekalah sebenarnya barisan hadapan untuk mencemerlangkan pendidikan anak-anak di sekolah di negeri itu.

“Kejayaan guru bermakna kejayaan pendidikan dan kejayaan pendidikan bermakna kita mampu membawa anak-anak atau modal insan kita untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang.

“Saya mengharapkan agar guru-guru yang ada untuk teruskan sumbangan.

“Mereka juga mesti ingat bahawa tugas seorang guru adalah mendidik, memberi ilmu, mengasah bakat yang ada pada anak didik dan memastikan anak didik mempunyai peluang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi,” kata beliau.

PERAK TODAY 6

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Zainun Mat Noor pula telah terpilih untuk menerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Perak.

Beliau yang pernah menjadi seorang guru tidak menyangka bahawa beliau akan terpilih untuk menerima anugerah tersebut.

“Saya bersykur kepada Allah SWT dan pengiktirafan ini akan saya jadikan sebagai kenangan yang amat manis bagi diri saya.

“Ianya memberikan satu dorongan yang kuat bagi saya untuk terus mencebur diri untuk berbakti kepada masyarakat terutamanya kepada sekolah,” ujar beliau.

PERAK TODAY 19

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri, Rozi Puteh Ismail.

Majlis tersebut turut dihadiri kira-kira hampir 500 jemputan yang terdiri daripada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), ketua-ketua sektor, guru besar-guru besar dan juga guru-guru dari seluruh negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");