Jenayah

Mayat ditemui dalam lombong

Sepang: Mayat lelaki dipercayai pegawai polis ditemui pada kedalaman 15 meter dalam lombong di Taman Perindustrian Meranti Jaya, Puchong dekat sini, 10.30 pagi tadi.

Ketua Zon Selatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba II, Azmi Saadon Azmi Saadon berkata, mangsa sebelum ini dikhuatiri lemas selepas kereta milik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dipandunya terjunam ke dalam lombong itu pada 10 malam Jumaat lalu.

Menurutnya, jarak dari tebing lombong dengan lokasi mangsa ditemui dianggarkan sejauh 20 meter.

“Anggota penyelamat kemudian menaikkan kereta dan mayat mangsa dari lombong berkenaan pada 11.50 pagi menggunakan kren.

“Mayat mangsa diserahkan kepada forensik polis dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan kereta milik IPK Kuala Lumpur dipandu seorang individu terjunam ke dalam lombong di Taman Perindustrian Meranti Jaya, Puchong.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");