Perak Hari Ini

Mercedes Musnah Terbakar Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Sebuah kereta jenis Mercedes musnah terbakar dalam satu kejadian di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan tengah hari tadi.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Peyelamat, kejadian tersebut berlaku di Kilometer (KM) 255.9 menghala ke selatan, tengah hari tadi, di sini.

Namun dalam kejadian tersebut, tiada mangsa yang terlibat.

“Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.58 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati, kereta tersebut 90 peratus terbakar dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya.

IMG-20150506-WA0012
Menurut sumber itu lagi, anggota penyelamat memadamkan kebakaran dengan menggunakan dua aliran hos reel sehingga api berjaya dipadamkan.

“BBP Kuala Kangsar turut meminta bantuan dari BBP Meru Raya bagi tujuan memadamkan kebakaran,”katanya.

Operasi menyelamat yang diketuai oleh PBK II Aziz Mohd Noor tamat pada jam 12.43 tengah hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");