Perak Hari Ini

Mini Karnival KUAO 2015 Peringkat Zon Utara, Himpun Pelbagai Produk Seni Orang Asli

IPOH: Buat julung kalinya, Jabatan Kemajuan orang Asli (JAKOA) Perak menghimpunkan lebih 18 usahawan daripada kalangan masyarakat Orang Asli dalam satu Mini Karnival Orang Asli (KUAO) 2015 peringkat zon utara Perak dan Selangor.

Karnival selama tiga hari tersebut, berjaya mempromosikan pelbagai produk kesenian, dan kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Orang Asli itu sendiri.

PERAKTODAY

Matlamat utama penganjuran karnival ini adalah untuk membuka ruang pasaran yang lebih luas kepada usahawan Orang Asli dengan memperkenalkan dan mempromosikan produk desa dan kraftangan mereka serta mengadakan jualan terus kepada pengguna.

Majlis telah disempurnakan oleh, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa), Zamri Mustajab

PERAKTODAY7

Dalam ucapannya sebentar tadi, beliau menegaskan bahawa keperhatinan kepada kebajikan dan keperluan golongan Orang Asli tidak sama sekali dipandang ringan dan diabaikan.

“Pelbagai program dirancang buat masyarakat Orang Asli bagi membantu mereka bersaing seiring dengan kaum lain,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri amnya giat merancang pelbagai program dan bantuan bajet tambahan turut disalurkan bagi membantu golongan ini.

“ Orang Asli ternyata kreatif dalam menghasilkan pelbagai produk yang sebahagian besarnya turut berjaya menembusi pasaran luar.

“Dengan penganjuran karnival sebegini diharapkan mampu memberi ruang dan menambah pendapatan mereka,” katanya.

PERAKTODAY8 (2)

Tambahnya setiap agensi perlu membantu bagi memberi semangat motivasi serta galakan buat masyarakat Orang Asli untuk terus bersaing dan maju dan pelbagai bidang.

Mini karnival tiga bermula 28 hingga 31 Mei ini berlangsung di Mydin Meruraya,  turut menghimpunkan pelbagai produk daripada usahawan Orang Asli seperti barangan kraftangan, makanan dan tumbuhan herba.

PERAKTODAY3

Turut menarik perhatian pengunjung hari ini, tarian Jooh, yang dipersembahkan oleh 15 orang penari Orang Asli daripada Hulu Langat Selangor berjaya menghiburkan hadirin yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");