Berita Hari Ini

Misi bantuan kemanusiaan berlepas ke Nepal

SEPANG – Sejumlah 26 individu terdiri daripada 18 pakar perubatan dan lapan anggota media berlepas ke Kathmandu, Nepal hari ini di bawah Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno Malaysia dan Kelab Putera 1Malaysia.

Misi berkenaan membawa sumbangan ubatan-ubatan, peralatan pembedahan, vaksin dan ubat tahan sakit bernilai US$150,000 atau kira-kira RM539,000 kepada warga Nepal yang menjadi mangsa bencana gempa bumi bulan lepas.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika menghantar anggota misi berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata anggota misi berkenaan akan memberi khidmat perubatan kepada warga Nepal di Hospital Birgunj, Kathmandu.

“Saya harap misi bantuan kemanusiaan ini akan dapat membantu seramai mungkin warga Nepal yang memerlukan rawatan dan ubat-ubatan,” katanya.

Misi bantuan berkenaan berlepas ke Nepal dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) perbangan MH170 ke Kathmandu pada pukul 8.55 pagi. Misi berkenaan diketuai Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) 25 April. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Tragedi gempa bumi berkenaan disifatkan paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun.

Berdasarkan laporan media, sehingga hari ini angka kematian di Nepal mencecah 6,500 orang sementara lebih hampir 7,000 orang cedera. -Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");