Jenayah

Nahas: Pemandu lelaki maut, wanita parah

KOTA KINABALU – Seorang pemandu maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, kira-kira 6.05 petang, semalam.

Mangsa Mohd Syukri Shamsuddin, 27, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II pada 8.40 malam akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, ketika kejadian kenderaan mangsa dari arah Kota Kinabalu melanggar kereta yang dipandu seorang wanita.

“Kereta mangsa melanggar bahagian pintu depan, sebelah kiri kereta wanita itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian disebabkan kecuaian pemandu wanita itu kerana membuat pusingan U dan tidak memberi laluan kepada kenderaan mangsa yang berada di jalan lurus.

Pemandu wanita yang berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan parah dimuka serta mata dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");