Laporan Eksklusif

Najib, Rosmah Menghadap Maharaja, Maharani Jepun

TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak beserta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace pada hari ini, di sini.

Menurut laporan daripada BERNAMA, Najib dan isteri diiringi sama Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris tiba di Imperial Palace pada 10.15 waktu tempatan dan disambut ketua istiadat Imperial Palace, Yoshitaka Akimoto.

Najib turut menghadiri mesyuarat bersama 34 pemimpin industry di aman beliau akan memjemput ahli perniagaan Negara matahari terbit itu untuk melabur di Malaysia di samping mengambil peluang daripada persekitaran ekonomi Negara di sebelah petang.

Manakala, pada sebelah malam pula, Perdana Menteri dijangka akan menghadiri mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sebelum turut menghadiri majlis jamuan rasi di kediaman perdana menteri itu di Chiyoda-ku.

Manakala isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor dijangka menghadiri program yang berasingan iaitu lawatan ke Institusi for Radiological di Chiba.

Najib dan Rosmah kini dalam rangka lawatan rasmi ke Jepun selama tiga hari atas undangan Abe.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");