Jenayah

Nekad lari bertumit tinggi

Sungai Petani: Walaupun berpakaian ketat dan seksi dengan kasut tumit tinggi, beberapa wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) melarikan diri melalui pintu belakang sebuah pusat hiburan di Jalan Sekerat, di sini, sebaik menyedari premis terbabit diserbu sepasukan anggota polis, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tindakan empat wanita warga Thailand berusia 20-an itu gagal apabila mereka berjaya ditahan tidak jauh dari premis terbabit selepas dikejar oleh anggota polis.

Serbuan ke atas premis terbabit dilakukan pada jam 12.30 tengah malam ketika lebih 30 pelanggan sedang berhibur oleh sepasukan anggota polis sempena Operasi Bersepadu Cegah Jenayah bagi menangani jenayah di daerah Kuala Muda.

Sumber polis berkata, dalam serbuan itu, polis menahan tujuh wanita warga Thailand termasuk mereka yang cuba melarikan diri dipercayai bekerja sebagai GRO sebelum mendapati pusat hiburan terbabit tidak memiliki permit operasi.

Katanya, siasatan lanjut juga mendapati pusat hiburan terbabit pernah diserbu beberapa kali sebelum ini kerana melakukan kesalahan sama, namun pemiliknya terus berdegil dengan menjalankan operasi tanpa menghiraukan tindakan undang-undang.

“Semua tujuh GRO terbabit bersama seorang lelaki berusia 30-an dipercayai penjaga premis itu dan 22 pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 manakala tujuh wanita warga Thailand disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Peraturan-peraturan Imigresen 1959 iaitu melanggar syarat pas lawatan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");