Sukan Hari Ini

New York aku datang!

London: Frank Lampard tidak sabar memulakan hidup baru di New York selepas menamatkan karier penuh gemilang dalam Liga Perdana dengan bergaya.

Lampard mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak Inggeris dengan gol pembukaan ketika Manchester City menang 2-0 ke atas Southampton di Eastlands, Ahad lalu sebelum pemergiannya dihargai dengan menerima cenderahati selepas perlawanan itu.

Ia gol ke-259 Lampard dalam 882 penampilan kelab dan satu perpisahan sempurna buat bekas pemain tengah Chelsea dan England itu sebelum menyertai kelab Major League Soccer, New York City.

“Ia menyedihkan, tapi saya amat bangga,” kata pemain berusia 36 tahun itu.

“Perasaan saya bercampur-baur, sedikit sedih untuk menamatkannya, tapi lebih banyak berasa bagus.

“Perlawanan itu bagus, saya menjaringkan satu gol dan tiada apa lagi yang saya minta daripada kelab dan penyokong.

“Saya boleh pergi dengan berkata ia amat menyeronokkan. Saya masih berasa cergas dan boleh beraksi beberapa tahun lagi. Mungkin saya boleh melakukannya dalam Liga Perdana, tapi saya memilih Amerika.

“Ia cabaran baru buat saya sekarang. Saya berasa cergas dan sedia mengharunginya. Saya tidak mahu pergi sekadar mencukupkan angka. Saya mahu ke sana dan terus melakukan sesuatu yang bagus.”

Lampard, yang dilepaskan Chelsea tahun lalu, menyertai City sebagai tempat persinggahan sementara sebelum berpindah ke
New York bagi permulaan musim MLS 2015.

Namun, perpindahan itu nyata berbaloi dan City bersetuju dengan kelab angkat di AS untuk mengekalkannya hingga hujung kempen 2014-15.
– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");