Perak Hari Ini

Nyata Sokongan Terhadap Perdana Menteri

GOPENG: Rakyat di negeri ini masih memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, sokongan tersebut dapat dizahirkan dengan kehadiran begitu ramai rakyat di negeri ini ke majlis yang diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, pagi tadi.

Katanya, barisan kepimpinan UMNO dan juga Barisan Nasional (BN) juga menunjukkan sokongan yang padu terhadap pemimpin nombor satu negara tersebut.

“Kita dapat lihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh kepimpinan negeri sendiri yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir yang memberikan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri untuk meneruskan kepimpinannya.

“Hal ini demikian dapat menunjukkan bahawa Perak berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri untuk tempoh akan datang,” katanya kepada Peraktoday.com.my ketika ditemui selepas majlis tersebut.

PERAKTODAY4

Beliau berkata, kehadiran Perdana Menteri ke majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri bersama dengan barisan kepimpinan BN dapat menangkis tomahan yang diberikan terhadapnya sejak kebelakangan ini.

“Kita merasa yakin dengan penjelasan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri tadi dan ianya dapat memulihkan semula keyakinan rakyat khususnya di negeri Perak terhadap kepimpinan beliau.

“Kita pun tahu bahawa sebelum ini apa yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri telah dterima oleh rakyat termasuk di negeri Perak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak tersebut mampu menjadi pemberi semangat kepada Najib untuk meneruskan kepimpinannya demi kesejahteraan rakyat.

“Kalau sekiranya ada perasaan tidak puas hati daripada mana-mana pihak, kita mengharapkan kita bersama-sama akan menunggu sehingga pilihan raya yang akan datang untuk menyatakan pendirian kita

“Dalam pada masa sekarang ini adalah tidak sesuai kita memaksa Perdana Menteri untuk turun sedangkan banyak lagi agenda pembangunan untuk rakyat sedang dirancang perlu diteruskan untuk tempoh sehingga pilihanraya akan datang,” jelasnya.

PERAKTODAY8

Beliau yakin bahawa apa yang dilaksanakan oleh PM pada ketika ini adalah bertepatan dengan slogan dan juga manifesto yang telah pun digariskan oleh BN semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) yang lalu

Terdahulu, perhimpunan tersebut telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri serta barisan pimpinan BN negeri untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Perak juga merupakan negeri pertama yang dilawati oleh Najib sempena lawatan kerjanya selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11).

Hampir 20,000 orang telah hadir daripada seluruh pelusuk negeri Perak bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");