Jenayah

OKU korban api

Mukah: Menyayat hati apabila mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Petanak Ulu, semalam.

Mayat Jumil Sinjan, 39, yang cacat kedua-dua kaki ditemui rentung di ruang tengah sebuah bilik tidur pada jam 6.20 pagi selepas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah selesai memadamkan kebakaran.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, api dipercayai bermula dari bahagian dapur rumah didiami OKU berkenaan dan merebak ke rumah sebelah serta nyaris menyebabkan sebuah lagi rumah musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah Alimat Sam berkata, kejadian disedari seorang jiran lelaki yang bangun untuk membuang air kecil sebelum ternampak api sudah mula marak di bahagian dapur.

Katanya, lelaki berusia 70-an terbabit bergegas ke rumah itu bagi mengejutkan 12 penghuni di rumah berkenaan yang sedang tidur, namun gagal sehingga terpaksa melontarkan objek ke tingkap untuk menyedarkan mereka.

“Kejadian berlaku terlalu pantas, dalam sekelip mata api sudah membakar hampir keseluruhan rumah berkenaan sebelum memusnahkan sebuah lagi rumah bersebelahan.

“Keadaan panik serta kelam-kabut itu menyebabkan penghuni rumah terbabit tidak menyedari mangsa terperangkap di bilik tidur ketika sibuk menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, insiden malang itu turut menyebabkan sebuah rumah dihuni tiga sekeluarga itu musnah selepas usaha penduduk memadamkan api gagal malah hampir menyebabkan sebuah lagi rumah terbakar.

Alimat berkata, sebuah jentera bersama sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.55 pagi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");