Panasnya Hari Ini

PAS Dicabar Keluar Pakatan

KUALA LUMPUR: PAS telah dicabar oleh Ahli Parlimen Kinabatangan (BN) Datuk Bung Moktar Radin untuk keluar dari pakatan pembangkang.

Ia berikutan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa bahawa hati Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang telah memihak kepada UMNO.

Memetik laporan mStar, beliau berkata, tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng tersebut seakan memberi bayangan bahawa DAP sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

“Saya cabar PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat.

“Ada yang mendakwa pembangkang akan kekal dalam masa dua minggu sahaja lagi,” katanya sebelum beliau memulakan perbahasan tentang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyangkal dakwaan itu dan menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak seperti pembangkang yang saling menuding jari antara satu sama lain.

“UMNO tak seperti pembangkang, tak tuding jari satu sama lain, kita bahas sesuatu isu.

“Macam saya lontar hujah mengenai 1MDB sebab isu ini melibatkan kepentingan rakyat,” tegas beliau lagi.

Ujarnya, ia sangat berbeza dengan tindakan pembangkang yang mudah melatah apabila ditegur berkenaan dengan kemelut yang melanda parti komponen tersebut.

Bung Moktar bagaimanapun telah ditegur oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak menyentuh mengenai RMK 11.

“Itu boleh cerita di luar…fokus kepada RMK-11,” kata Amin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");