Membawang Hari Ini

Pelakon Raja Farah sah bercerai talak satu

KUALA LUMPUR: Pelakon Raja Farah Raja Aziz dan suaminya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, tadi.

Megat Bashirun melafazkan talak satu dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Raja Farah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 5 Mei lalu.

Pada prosiding semalam Raja Farah,27, hadir diwakili peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan, manakala Megat Bashirun,30, tidak diwakili.

Pasangan itu berumahtangga pada 2010, namun belum dikurniakan cahaya mata.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");