Panasnya Hari Ini

Pelarian Rohingya: Guan Eng Kesal Dengan Kenyataan Zahid

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan rasa kesal berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membidas kerajaan Pulau Pinang berkaitan dengan isu pelarian Rohingya.

Menurut laporan daripada laman Mstar, Setiausaha Agung DAP itu turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk mewujudkan penempatan sementara bagi pelarian Rohingya berkenaan.

Guan Eng turut berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang tetap bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan meskipun tidak mempunyai sumber dan kuasa terhadap polis dan imigresen.

“Kita tidak ada kuasa terhadap semua sumber ini tetapi sedia bekerjasama atas kepentingan nasional tetapi beliau (Zahid) telah mempertikaikan hasrat jujur kita dengan mengatakan kita mesti bertindak dengan membekalkan semua sumber,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, Zahid berkata, kerajaan Pulau Pinang perlu menunjukkan keikhlasan jika berkeinginan untuk memperjuangkan hak-hak kemanusiaan dengan membenarkan penempatan sementara kepada pelarian tersebut di negeri itu.

Guan Eng turut mendakwa, Pulau Pinang tidak mempunyai maklumat lengkap tentang perkembangan pelarian masyarakat Rohingya jika pelarian itu ditempatkan di negeri tersebut.

Jelasnya lagi, Pulau Pinang menghadapi masalah untuk menyediakan kawasan yang sesuai bagi menempatkan pelarian tersebut menurut laporan Mstar.

Katanya lagi, pelarian Rohingya itu perlu ditempatkan di tanah milik kerajaan Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");