Isu Panas

Peletakan Jawatan Najib “Tidak Akan Selesai Masalah” – Ku Li

PETALING JAYA: Peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri tidak dapat menyelamatkan Umno atau “menyelesaikan masalah”, kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan tetapi mereka juga “tidak menyelesaikan apa-apa.”

Soal beliau, jika peletakan jawatan Najib boleh menyelesaikan masalah, maka Dr Mahathir juga berbuat demikian tetapi “ia tidak menyelesaikan sebarang masalah.”

Beliau berkata, Abdullah yang mengambil alih daripada Dr Mahathir kemudiannya dilihat sebagai masalah dan beliau turut meletak jawatan.

“Lebih banyak masalah sekarang,” kata Tengku Razaleigh pada sidang media pelancaran Malaysia Harmoni di sini, Sabtu.

Beliau berkata, masalah timbul apabila Umno sebagai parti berasaskan Melayu diheret dengan pelbagai isu hingga sukar menarik minat golongan muda.

Baru-baru ini, Dr Mahathir meminta Najib meletak jawatan isu syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Bhd.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");