Sukan Hari Ini

Peluang Perak, Pahang terajui Liga Super

PERTEMBUNGAN Pahang dan Perak di Stadium Darul Makmur malam ini pastinya akan menentukan siapa peneraju Liga Super sebelum saingan bermula semula pada 20 Jun nanti.

Baik Tok Gajah mahu pun The Boss Gaurus ini peluang terbaik mereka untuk menerajui takhta dengan syarat tiga mata perlu dikutip.

Atas kertas kelebihan nyata berpihak buat tuan rumah yang begitu gah dengan rekod di laman sendiri selain kehebatan Orang Besi, Dickson Nwakaeme.

Tapi keringat dan semangat juang pemain Perak yang kebanyakan dibarisi pemain muda tidak boleh di perkecilkan selepas mereka membenam Selangor 2-1 di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Selain itu, Perak dibimbing Datuk M Karathu juga dilihat cemerlang apabila beraksi di gelanggang lawan.

“Kita lihat perlawanan dengan Pahang ini satu perlawanan penting. Lawan adalah pasukan yang kuat dan mereka ada pemain bagus, lagi pun mereka main di tempat sendiri.

“Satu kebaikannya, kita ada rekod yang baik untuk perlawanan di luar Perak. Bagaimanapun, kita harap kemenangan dengan Selangor Sabtu lalu, memberi keyakinan kepada mereka (pemain) untuk beraksi dengan baik malam ini,” ujar Karathu.

Namun bagi pengendali Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan, barisan pemainnya diingatkan supaya tidak memandang mudah lawan yang pastinya tidak mahu terlepas peluang merangkul kemenangan.

“Saya percaya tiga kemenangan berturut-turut sebaik liga bersambung begitu membanggakan dan sudah pasti aksi terbaik ini dapat dikekalkan untuk meletakkan Pahang berada di persada liga.

“Malah peningkatan prestasi penyerang import, Matias Conti diharap dapat merobek gawang selain kelibat Dickson Nwakaeme menjadi taruhan pasukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");