Jenayah

Penagih ‘lalok’ tak sempat lari

KUANTAN – Seorang penagih dadah yang sedang ‘lalok’ dan tidak sempat melarikan diri ditahan selepas port penagih di Kampung Paya Bungor, dekat Gambang itu diserbu polis, awal pagi kelmarin.

Ketika serbuan, dipercayai lima penagih sedang melepaskan gian mereka tetapi masing-masing bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran anggota polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4.30 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun dari Maran itu sedang khayal dan tidak sedar kehadiran polis.

“Kawasan itu jauh dari kawasan penduduk dan mereka menganggap pihak berkuasa tidak dapat menghidu aktiviti tidak bermoral itu dan mudah melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati positif dadah

“Bagaimanapun, lelaki itu tiada sebarang rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen (15(1) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Katanya, polis akan sentiasa memantau dan membuat risikan di kawasan pedalaman kerana percaya penagih dadah mencari kawasan berkenaan untuk melepaskan gian mereka.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");