Laporan Eksklusif

Penemuan Kubur Besar: Najib Janji Kesan Pihak Tidak Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, berjanji akan menjejaki pihak yang tidak bertanggungjawab apabila sebuah kubur besar ditemui di kawasan Malaysia berdekatan denggan sempadan Thailand.

Menurut mstar, Najib memandang berat dengan dengan penemuan kubur besar berkenaan yang dikaitkan dengan aktiviti perdagangan manusia.

Perdana Menteri, di dalam laman Twitternya berkata, Kerajaan akan mencari mereka yang melakukan perbuatan yang tidak bertanggunjawab itu.

“Kami akan menjejaki mereka yang bertanggungjawab,”kata beliau melalui catatan di dalam laman Twitter miliknya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam telah mengesahkan tentang penemuan kubur besar berkenaan yang berdekatan dengan 17 khemah pelarian.

Kesemua khemah tersebut dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");