Jenayah

Peneroka warga emas maut nahas

MUADZAM SHAH – Seorang peneroka warga emas maut dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 7.20 pagi semalam selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah van di Kilometer 117.2 Jalan Kuantan –Segamat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin, berkata, siasatan awal mendapati mangsa keluar simpang berhampiran simpang jalan pintas ke Felda Keratong dipercayai tidak berhenti dan dalam masa sama tiba sebuah van dari arah Kuantan lalu melanggarnya.

Menurutnya, mangsa menunggang diri dalam perjalanan pergi melihat lembu ternakannya di satu kawasan tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai tidak berhenti ketika keluar simpang dan dalam masa sama van dari arah Kuantan menuju ke Segamat terus melanggarnya setelah gagal elak.

“Kegagalan pemandu van mengelak menyebabkannya bertembung lalu melanggar bahagian kanan motosikal tersebut. Mangsa dikenali sebagai Hussin Man, 62, seorang peneroka dari Felda Keratong 9,” katanya sambil memberitahu mangsa maut di tempat kejadiandibawa ke
Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. Pemandu van cedera ringan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");