Panasnya Hari Ini

Penyimpan Wang Tabung Haji Perlu Sentiasa Rasional

KUALA LUMPUR: Setiap individu  khususnya penyimpan wang di Lembaga Tabung Haji disaran agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kempen sia-sia yang  bertindak mempengaruhi pengguna supaya mengeluarkan wang deposit dimiliki daripada institusi perbankan Islam utama ini.

Setiap tindakan itu seharusnya melalui penilaian dan pemikiran yang rasional di samping perlunya ada rasa tanggungjawab untuk pertahankan institusi milik orang Islam iaitu kita semua.

Terdapat beberapa isu yang perlu difahami sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung isu ini iaitu kesemua wang deposit bagi penyimpan wang di Lembaga Tabung Haji adalah dijamin oleh kerajaan dan pengguna tidak perlu bimbang mengenai dakwaan duit tersebut akan lesap apabila Tabung Haji mengalami kerugian.

Lembaga Tabung Haji juga mempunyai dana sekitar RM56 Billion atau RM56,000 juta dan pelaburannya dibuat berdasarkan strategi “alokasi aset” yg telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Pengarah.

Justeru itu, daripada jumlah tersebut lokasi atau peruntukan bagi sektor pelaburan hartanah adalah 15 hingga 20 peratus atau sekitar RM11 billion.

Sejak 10 tahun dulu, Lembaga Tabung Haji juga tidak pernah gagal malah menunjukan corak peningkatan dari tahun ke tahun dalam pemberian bonus dan dividen yang tinggi.

Kadar pemberian dividen LembagaTabung Haji adalah lebih tinggi berbanding dengan tawaran pelaburan di pelbagai institusi perbankan Islam lain.

Melalui Lembaga Tabung Haji juga risiko pelaburan amat rendah atau hampir tiada lantaran jaminan yang diberikan kerajaan berbanding badan dana amanah yang lain.

Pada tahun lepas sahaja 8.5 peratus bonus iaitu 6.25 peratus bonus tahunan dan 2 peratus bonus haji telah diagihkan pada setiap pendeposit selepas ditolak pemberian zakat.

Justeru itu pelanggan tidak perlu lagi bimbang mengenai tanggunjawab zakat kerana ianya telah dijelaskan bagi pihak pendeposit.

Pelaburan atau pembelian hartanah yang dibuat oleh Tabung Haji hanya dalam hartanah yang patuh syariah dan mampu menjana pulangan tidak kurang 6 peratus.

Berpandukan kes pelaburan Tun Razak Exchange, pelaburan dijangkakan memperolehi pulangan tahunan antara 8-9.5 peratus iaitu bersamaan keuntungan secara kasar sekitar RM180 juta setahun berbanding kos pembelian tanah yang dibeli pada harga RM170 juta.

Pengguna harus rasional bahawa yang didakwa sebagai bermasalah adalah 1MDB dan bukannya aset hartanah yang dijualnya.

Analoginya juga mudah seperti contoh apabila membeli rumah di kawasan strategik yang perlu diberi perhatian ialah mengenai harganya berpotensi untuk melambung tinggi selepas beberapa bulan atau tahun, dan tindakan membeli rumah tersebut adalah disebabkan rumah itu bukanya kerana penjual rumah tersebut.

Lembaga Tabung Haji perlu meneruskan aktiviti pelaburannya disebabkan oleh dua perkara iaitu pertama bagi meneruskan pemberian pulangan dividen yang tinggi pada pendeposit khususnya yang melibatkan pendeposit yang simpan duit betujuan pelaburan kerana telah selesai menunaikan ibadah haji.

Penyimpan dalam kategori ini adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 8.1 juta pendeposit dengan jumlah dana RM32 billion.

Kedua, Lembaga Tabung haji berupaya terus memberi subsidi pada jemaah haji yang hanya memerlukan mereka bayar RM9980 berbanding kos sebenar haji RM17270 bagi setiap orang.

Ini bermakna Lembaga Tabung Haji telah memberikan bantuan subsidi sebanyak RM7290 setiap orang dan menjangkau sejumlah RM120 juta bagi tahun 2015.

Justeru itu, hentikanlah tindakan berkempen tanpa fakta sahih yang hanya akan menjatuhkan institusi Islam dan Melayu.

Semua pihak juga disaran supaya tidak mudah percaya pada maklumat-maklumat yang bersifat andaian bahkan fitnah terutamanya di zaman media sosial yg penuh dengan tohmah dan fitnah.

Seharusnya semua pihak mengamalkan prinsip’tabayyun’ atau buat penilaian atau siasatan terperinci satu2 maklumat yang datang sebagaimana saranan Allah dalam surah Al-Hujurat sebelum bertindak mahupun menyebarkan dakyah.

Berhujahlah atas dasar ilmu dan iman bukannya sentimen dan semangat retorik dan jangan pula nanti tindakan itu diibaratkan  seperti perumpamaan “menang sorak kampung tergadai”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");