Jenayah

Perlu bayar RM1.2j ikut undang-undang Islam

SHAH ALAM – Mengikut undang-undang Islam, sebarang kesalahan di bawah jenayah pembunuhan seakan-akan sengaja tanpa niat mewajibkan pesalah untuk membayar ganti rugi (diyaat) kepada keluarga mangsa dan bukannya kerajaan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff berkata, merujuk insiden yang mengorbankan tiga nyawa di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu, pesalah perlu membayar perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar diyaat asal iaitu dalam kiraan kasar RM1.2 juta.

“Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat adalah diyaat ringan, iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar satu pertiga diyaat,” katanya dalam Facebooknya, kelmarin.

Wan Muhammad Mizan berkata, undang-undang Islam bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada penjenayah akan tetapi juga membela nasib waris mangsa dengan sewajarnya. Inilah perbezaan undang-undang Islam berbanding undang-undang sivil.

Menurutnya, berdasarkan kepada undang-undang sivil pesalah hanya dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun, serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tidak kurang daripada tiga tahun.

“Mengikut undang-undang itu, keluarga mangsa tidak mendapat pembelaan sewajarnya sama ada mendapat pampasan daripada pesalah atau sebagainya.

“Bahkan, denda yang dikenakan kepada pesalah hanya diberikan kepada kerajaan bukannya kepada keluarga mangsa. Melainkan ia perlu melalui tuntutan di mahkamah yang sudah pasti akan melalui prosedur dan kos berlainan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");