Perak Hari Ini

Pertabalan Sultan Perak-35: Istiadat Mengambil Air Siram Tabal Telah Berlangsung

KUALA KANGSAR: Kesinambungan adat dan tradisi pertabalan Sultan Perak diteruskan lagi dengan istiadat mengambil air bersiram Tabal di tujuh Kuala Sungai Perak hari ini.

Istiadat berkenaan merupakan sebahagian daripada beberapa adat termasuk Istiadat Tabal Pusaka, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Menyantap Nasi Berastakona yang dijangka berlangsung pada sebelah malam.

Istiadat mengambil Air Bersiram Tabal di Tujuh Kuala Sungai Perak bermula dengan perarakan berkereta dengan paluan nobat dari pintu besar Istana Iskandariah hingga ke tebing Sungai Perak.

Perarakan kali ini juga turut melibatkan pasukan nobat diraja, panglima-panglima, bentara-bentara yang dikendalikan oleh Toh Seri Nara Diraja Mohd Sah Nong Chik.

Manakala di tebing sungai, perkakas istiadat dibawa naik ke dalam bot dan kelihatan Raja Chik Muda Pawang Diraja, Toh Seri Nara Diraja dan bentara-bentara menaiki bot kemudiannya mula mengambil air dari kuala Sungai Kangsar.

Rombongan turut bergerak ke kuala-kuala sungai lain, iaitu Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Bunya serta Sungai Menora untuk mengambil air dan dibawa ke Panca Persada bagi diguna pakai pada istiadat Siram Tabal.

Sepanjang perjalanan berkenan turut diiringi dengan paluan nobat yang dijalankan khusus bersempena Pertabalan Sultan Perak,Sultan Nazrin Shah ke-35.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");