Perak Hari Ini

Pesta Laut Pangkor Lumut Jadi Tarikan Pelancongan di Perak

LUMUT: Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 mampu menjadi satu produk untuk menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Perak.

Ia sekaligus dapat meningkatkan sektor pelancongan dengan kehadiran pelancong tidak kira sama ada pelancong domestik mahupun antarabangsa.

pt3

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, penganjuran pesta berkenaan pada setiap tahun adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam mengukuhkan serta mempromosi sektor pelancongan di negeri ini.

“Kita sedia maklum bahawa industri pelancongan adalah penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara.

“Oleh itu, penganjuran Pesta Laut Pangkor Lumut ini yang merupakan salah satu acara ‘signature’ negeri Perak akan diadakan pada setiap pertengahan tahun.

pt6

“Ini adalah antara program pelancongan berimpak tinggi khusus dalam sektor pelancongan,” kata beliau dalam ucapannya semasa merasmikan Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 di Dataran Putra, di sini, semalam.

Turut hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung(MPM), Datuk Zamri Man serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Oleh sebab demikian, beliau berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan penganjuran acara seperti itu sebagai medium untuk mempromosikan Perak dan sekaligus dapat meletakkan negeri itu dalam peta pelancongan dunia.

Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Tourism Malaysia tersebut akan berlansung selama empat hari bermula 28 Mei sehingga 31 Mei 2015.

pT2

Acara tersebut merupakan aktiviti tahunan yang akan diadakan bagi setiap tahun.

Kira-kira 25 program telah dirancang serta bakal dilaksankan sepanjang program itu berlangsung antaranya pertandingan memasak ‘Mencari Chef’, Sukan Pantai, Sukan Rakyat, Pertandingan Karaoke Tourism Idol dan demonstrasi ukiran ais.

Sebanyak 60 buah gerai jualan serta pameran juga turut disediakan di pesta berkenaan yang melibatkan agensi seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim(APMM) dan Tourism Malaysia Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");